Ya Allah..Kau bimbinglah aku.teguh dan kuatkan imanku..Amin..

Ya Allah..Kau bimbinglah aku.teguh dan kuatkan imanku..Amin..

Wednesday, 11 April 2012

gempa bumi..subhanallah~

Bismillahirahmanirrahim
(Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang)

ya Allah, aku memohon perlindungan daripadaMu..
lindungilah kami semua dari segala bala bencana yang menimpa..
sesungguhnya kami menerima ujian sebagai peringatan dan amaranMu kepada kami
ya Allah..

berderau darah aku..bila aku baca post kt fb n angah kol kta ada gempa bumi berlaku..
peristiwa yang xpernah aku alami, walaupun aku seniri xmerasai pada waktu itu membuatkan aku takut..
ini ujian Allah..meminta supaya kita tunduk padaNya sebagai maha pencipta..
pada pukul 4.40pm, 11/4/2012 berlaku gegaran kuat di banyak kawasan termasuk kmpg aku..
berita mengatakan gegaran berlaku pada 8.9 skala ratcher yang berlaku di Acheh, Indonesia buat kali kedua.
ya Allah selamatkan mereka, dan selamatkan kami semua..

tidak cukup dengan itu.
berlaku lagi sekali gegaran dalam linkungan pukul 5.50pm pada hari yang sama
subhanallah..kejadian ini amat menakutkan kami semua..
disaat aku jauh dari kedua ibu bapaku..
aku berharap tiada perkara buruk berlaku..
aku risau ya Allah, aku khuatir ya Allah
aku terima ujian Mu ya Allah
tapi jangan lah beri ujian yg besar pada kami..
akan kami cuba untuk mengubah diri hanya padaMu ya Allah..

tiada apa yang aku harapkan sekarang ini
hnya mengharap perlindungan pada ALLAH S.W.T
semoga Dia mendengar rintihan ini..
ampunkan kami..
YA ALLAH...

(-_-)

#semoga semua keadaan menjadi baik belaka..insyaAllah..

Tuesday, 10 April 2012

sayunye ptg ni..

Bismillahirahmanirahim..(Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani)

Assalamualaikum dunia..
ptg niy..dingin, sejuk, kelam, dan sayu..~
melihat keluar tingkap, betapa lebatnya hujan pada petang ini..
tatkala aku melihat langit, melihat persekitaran yang dibasahi hujan..
aku merasa sebak..
yang aku seniri xtahu apa puncanya..
Ya Allah..sesungguhnya kau amat mengasihi hamba2 Mu ini..

aku..hamba Allah yang masih lagi mencari jalan yang benar..
yang masih terumbang ambing bagai lautan bergelora..
sekejap alpa, sekejap leka, sekejap terlupa pada penciptaNya..

sayunye ptg ini..
memberi aku satu persoalan hati..
bagaimana jalanku nanti??
adakah baik seperti yang dihajati?
atau kecundang, aku minta dijauhi..

hidup ini penuh ranjau berduri..
banyak bermain perasaan dan hati..
Ya Allah, lemahnya hati ini..
lemah untuk aku menolak perasaan yang aku sendiri xmengerti..

sayunya ptg ni..
aku masih bermadah lagi..
aku xtahu apa tersirat dihati, yang ingin disampaikan aku pun tidak mengerti..
hanya Allah yang memahami hatiku ini..
sekian disini..
wasalam alaik...

Sunday, 8 April 2012

genap setahun

Bismillahirahmanirrahim..
(Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha penyayang)

masa berlalu dengan pantas sekali..
detik demi detik mengimbau aku kembali pada kenangan lama..
kehadiran dan pemergian yg kita xrela..
semuanya telah tertulis pada takdirNya..

dah genap setahun dia pergi..
meninggalkan 1001 kenangan, cerita pada org di sekelilingnya..
termasuk aku..
tarikh 8/4/2011 jam 12.30 tghari, ari jumaat..
merupakan hari yg xkn ku lupa..
pemergian dia dalam sekelip mata
xdisangka2..
Allah menarik org yg Dia sayang..
dan tertulis dy bukan untuk ku..

tapi..
aku redha pemergiannya memberikan aku sedikit perubahan
dalam aku menerima hikmah kejadian..
alhamdulillah, syukur aku masih diberi masa untuk bertaubat, menyedari kesilapan aku
mengubah diri aku untuk jadi lebih baik..
kadang kala aku terfikir adakah aku akn seperti ini kalau tidak diberi ujian ini??
sesungguhnya Allah maha mengetahui..
terima kasih Ya Allah..sedarkan aku tikala alpa, sesat.
lindungi la hambaMu ni, dan bimbinglah aku supaya aku tidak tersesat lagi..
hanya padaMu aku mnyerahkan diri..

`~ya Allah, berikan kebahagiaan dia disana dan tempatkan dia bersama org2 soleh..amin..

hanya ini,
wasalam alaik...
(^_^)